FESTIVAL SENI HIDUP 2022 KETENGAH 20 WARISAN TIDAK KETARA
Halaman KorporatPemetaan Budaya
Increase size
Reset to Default
Decrease size
 Image - ms_my bm
  • Image - ms_my bm
  • Image - en_gb en
Image - logojatabmnew

 

Image - logo n text-02 Image - logo n text-04 Image - logo n text-05 Image - logo n text-03
  • Utama
  • Info Korporat
      • Pengenalan
      • JKKN Negeri
  • Perkhidmatan
  • Berita & Media
  • Program
  • Galeri
  • Hubungi Kami

FESTIVAL SENI HIDUP 2022 KETENGAH 20 WARISAN TIDAK KETARA

 

Image - Screenshot%202022-11-05%20at%2011.41.15%20AM

 

 

“ALERT”: Festival Seni Hidup 2022 menampilkan sebanyak 20 warisan tidak ketara 

dan akan dipersembahkan secara hibrid daripada enam (6) negara iaitu Malaysia, Argentina, Republik Rakyat Cina, Jepun, India dan Indonesia. Antara pengisian menarik ialah penampilan Juara Dunia Kejuaraan Pencak Silat Dunia Edisi Ke-19, Merrywati Manuil

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan Festival Seni Hidup@Living Arts Cultural Festival (LACF) pada 4–6 November 2022 bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur. 

LACF menghimpunkan kesenian yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Warisan Kebangsaan dan kesenian yang kurang diketengahkan, dan seterusnya menjadi pencetus kepada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan. 

Penganjuran program ini memperlihatkan komitmen Malaysia dalam melindungi warisan tidak ketara, sejajar dengan Teras 3 Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN), iaitu memfokuskan kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya. 

Pada tahun 2022, LACF mengangkat enam (6) kesenian yang tersenarai di bawah UNESCO seperti Silat, Songket, Tango, Opera Cina Kun Qu, Longquan Celadon dan Kumiodori. Manakala di bawah senarai Warisan Kebangsaan adalah Sewang, Gamelan, Bhangra, Tulisan Khat, Dikir Barat dan Wayang Kulit.

 

Image - bcdbf7f4-9b17-4037-a38c-25ac5dd9734f
 

Pada tahun ini, LACF menampilkan warisan tidak ketara daripada enam (6) negara iaitu Malaysia, Argentina, Republik Rakyat Cina, Jepun, India dan Indonesia. 

Antara kesenian yang ditonjolkan adalah Silat Dalam Talam, Puisi Tradisional Rejang, Bungkau, Tarian Indai Abau, Pol Kal Kudarai, Sewang, Kaligrafi Khat, Gambus, Dikir Laba, Terinai Ketam Bawa Anak, Joget Gamelan Perang Manggung, Silat, Peragaan Songket, Tango, Opera Cina Kun Qu, Bhangra, Kalaripayattu, Kumiodori dan Tarian Klasik Jawa.

Selain persembahan kesenian, penonton juga telah disajikan sebuah dokumentari khas ‘Longquan Celadon’ dengan kerjasama Zhejiang Provincial Department of Culture and Tourism China. 

Manakala program berbentuk keilmuan pula seperti Intelek Seni, Bengkel Asas Seni Kaligrafi Khat, Bengkel Asas Tatarias Opera Cina, Bengkel Tarian Jawa Klasik, Dokumentari Pemain Tradisional dan program bual bicara, masing-masing telah diselaraskan oleh Persatuan Penggiat Pelancongan Senibudaya Warisan Kraf Negeri Selangor (PESTA), PUSAKA dan Persatuan Kebudayaan Han Malaysia. 

Dalam pada itu, buku ‘Keindahan Kain Tenun Songket Malaysia’ juga turut dilancarkan dalam program ini. 

Image - Screenshot%202022-11-05%20at%2011.50.37%20AM

Songket yang digelar 'Ratu Kain' dalam tenunan Melayu telah melakar sejarah, apabila disenaraikan di bawah Representative List of Intangible Cultural Heritage of Humanity pada tahun 2021. 

Penerbitan buku ini juga memberi gambaran lebih jelas dengan penggunaan teknologi Augmented Reality (AR) selaras dengan usaha transformasi digital JKKN. 

Antaranya ialah Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Asli yang telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 20 Oktober 2022 lalu secara dalam talian. 

Manakala, Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional pula telah diadakan pada 5 November 2022 dan Pertandingan Memasak Citarasa ADABI pada 5-6 November 2022.

Penonton yang hadir telah mengambil peluang mempelajari masakan tradisional dalam ‘Program Jom ke Dapur Warisan’ yang dibawa khas oleh Jabatan Warisan Negara (JWN). 

Selain itu, LACF 2022 turut menampilkan Cerita Kejayaan Tokoh Warisan Orang Hidup dan penggiat seni dan Pameran Hikayat Fandom, The Legend Games@MaTiC oleh Persatuan Usahawan Seni Budaya dan Guligeng Resources. 

“Usaha memastikan kelangsungan seni budaya dalam memperkasakan pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah negara menjadi agenda penting jabatan ini. 

“Selain itu, kerjasama serampang dua mata bagi memperkenalkan keindahan warisan tidak ketara dari pelbagai negara juga menjadi satu titik tolak dalam memperkukuhkan persahabatan dan kerjasama strategik dalam seni budaya”, kata.Encik Norazman bin Othman Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam ucapannya mewakili Datuk Hajah Saraya binti Arbi, Ketua Setiausaha MOTAC. 

Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun boleh layari facebook JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya. 

Image - e29dc4ce-8d7e-4eec-81e1-c797795c2588

#FestivalSeniHidup #MOTAC #WarisanNegara #RatuKain #Songket #DAKEN 

https://www.farizasaidin.com/2022/11/festival-seni-hidup-2022-ketengah-20.html

 

 

Berita & Media

  • Keratan Akhbar
  • Siaran Media
  • Muat Turun
  • Data Terbuka
Image - Logo-01
Image - Logo-02
Image - Logo-03
Image - Logo-04
Image - Logo-06
Image - Logo-09
Image - Logo-10
Image - Logo-11
Image - Logo-12
Image - Logo-13
Image - Logo-14
Image - Logo-15
Image - qr
Image - 003-facebook Image - 002-youtube Image - 004-twitter Image - 001-instagram

IBU PEJABAT JKKN

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,
Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34
Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Telefon : 03-26148200
Faks : 03-2697 0884 (Talian Pentadbiran)
Emel : info @ jkkn.gov.my

PAUTAN

Penafian

Data Privasi

Dasar Keselamatan

Bantuan

Data Terbuka

Perlindungan Data Peribadi

Adakah anda menyukai wajah baharu laman web ini?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Image - loading_small
Image - loading_polling
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Hakcipta Terpelihara @ 2025 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 124.0 ke atas & Firefox 120.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768

  • Web Traffic:
  • 3.png0.png9.png9.png9.png1.png3.png
  • Hari Ini: 1864
  • |
  • Semalam: 2061
  • |
  • Minggu Ini: 11492
  • |
  • Bulan Ini: 11492
  • |
  • Jumlah: 3099913